POTENSI PERLABURAN EMAS

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya. Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:


Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun! (purata kenaikan harga 27% setahun)
Antara kelebihan melabur di dalam emas adalah:

  • Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dijual di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
  • Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur (anda) sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
  • Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
  • Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya beli, simpan dan tunggu.
  • Aset simpanan yang stabil walaupun sistem ekonomi jatuh.
  • Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

  • Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  • Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
  • Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 1gram – 100gram
  • Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
  • Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
  • Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  • Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  • Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  • Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
  • Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
  • HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.
TERLALU BANYAK KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS UNTUK DISENARAIKAN!! 

SEKARANG ADALAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENYIMPAN EMAS....! LEBIH LAMA ANDA TUNGGU, LEBIH BANYAK ANDA KERUGIAN MASA DAN KEUNTUNGANNYA!!

SEKADAR RENUNGAN KEMBALI GRAF KENAIKAN EMAS TERKINI (2000~2012):


BAGAIMANA MEMBUAT BELIAN EMAS INI??
Anda boleh memulakan simpanan emas ini dengan membuat belian mana-mana jenis emas yang terdapat di pasaran. Antaranya:
- Barang Kemas (22K / 916) - Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
- Dinar (22K / 916) - Emas untuk matawang dan boleh dibeli melalui institusi/Syarikat Pengeluar Emas.
- Jongkong Emas (24K / 999) - Emas untuk perlaburan dan boleh dibeli melalui institusi/Syarikat Pengeluar Emas.

Untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum, kita akan fokuskan kepada emas 24K iaitu jenis 999 untuk perlaburan.




INGAT! EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK UNTUK JANGKA MASA PANJANG. PASTIKAN JUGA ANDA MEMILIH EMAS FIZIKAL (BOLEH DIPEGANG DAN DISIMPAN) DAN BUKAN EMAS MAYA (TIADA BARANG DAN BANYAK UNSUR PENIPUAN)



Bagaimana Pula Cara Terbaik Untuk Membuat Belian Emas Dengan Modal Yang Rendah Dan Dalam Waktu Yang Sama Memiliki Pendapatan Yang Lumayan? Ikuti Langkah Seterusnya Di Halaman TEKNIK BELIAN!